Restoran Sri Munura




Restoran Sri Munura adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera ditubuhkan pada 2001 . RSM telah didaftarkan dengan rasminya pada 2005 dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera.

RSM kini berusia 13 tahun. Bermula dari hanya berniaga kantin di Jabatan Penerbangan Awam ,Subang, Selangor. Berpendidikan Universiti, berbekalkan pengalaman, semangat serta keenakan resepi turun-temurun. Kini RSM semakin mantap dan teguh di persada Katering serta pengurusan restoran - Restoran Serambi Melayu, Mempunyai beberapa kafeteria di dalam Universiti sekitar Lembah Klang, kami juga menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan sewa pinggan mangkuk, dome, khemah, sound system, emcee di majlis perkahwinan, hari keluarga, kursus-kursus anjuran kerajaan dan pihak swasta.

Dengan motto “Creating a memorable dining experience” – Restoran Sri Munura (RSM) sering mendapat pujian daripada pelanggan di atas sikap baik yang dipamerkan petugasnya, keenakan masakan, mementingkan kualiti serta memahami keperluan pelanggan yang pelbagai.

Keenakan sajian yang dihidangkan khususnya Masakan Melayu Asli adalah faktor utama menggamit pelanggan kembali mendapatkan khidmat RSM dan mengesyorkannya kepada kenalan dan taulan. Kredibiliti kami tidak perlu diragui lagi. Kepuasan pelanggan keutamaan kami. Kini kami lebih mantap di dalam mengendalikan acara berprestij yang dihadiri barisan VVIP kenamaan.

Justeru itu pelanggan tidak perlu ragu dan bimbang dengan kemampuan syarikat kami. Alamilah pengalaman hebat dengan harga berpatutan!!